Kg ini merupakan perkampungan baru semasa perang dunia ke-2. Penduduk kg pd masa itu telah dipindahkan dari tanah persendirian ke penempatan baru bagi memudahkan pihak British melindungi penduduk drpd ancaman komunis yang berleluasa.
Penduduk asal kg ini terdiri drpd org2 Indonesia berbangsa Minang dan kampar yg merantau ke Tanah Melayu pada waktu itu. Mereka mendirikan rumah dan menjalankan kegiatan menanam padi. Pada asalnya terdapat beberapa keluarga Minang yang tinggal di sini dan ianya bertambah sehinggalah sekarang.Selain drpd org-org minang terdapat juga perbagai keturunan yang menetap di kg ini antaranya Mandeleng,jawa,kampar dan perak.
Menurut cerita drpd org2 tua, nama kg ini berasal drpd nama 2 saudara perempuan yg telah dibunuh dan dicampakkan ke dlm sungai. Se org bernama sekiah dan se org lagi bernama dara. Mayat si dara telah dijumpai di sungai kampung ini dan mayat sekiah telah dijumpai di sebatang sungai kampung berhampiran.Nama kg ini diambil sempena nama dara dan nama sebuah kg lagi di ambil sempena dengan nama sekiah.
Sg Dara dihilir terbentuk dr percantuman 2 batang sungai di hulu iaitu sg padang kerbau dengan sg gapis.Di kg ini juga terdapat sebatang sg berbatu iaitu sg canai dan 2 batang anak sg di sekitar kg.
Jumlah rumah yg terdapat di dlm kg pada masa kini adalah berjumlah 80 buah rumah dan bilangan penduduk yg menetap seramai 340 org.Kegiatan ekonomi bg penduduk kg kini telah berubah dari menanam padi ke pertanian seperti pekebun kecil,sayuran dan perladangan dan ada yg menjalankan kerja2 sendiri seperti berniaga, menternak dan memelihara ikan sebagai pekerjaan tetap ataupun sampingan.
2 comments:
tahniah.. kg dah ada web. utk nampak lg best dptkan gambar2 lama utk tatapan umum
Perlu kemaskini blog ni bang...masukkan semua aktiviti yg akan & telah dilaksanakan...moga kita terus bersatu & maju..
Post a Comment